SRAITAF

Takwim Sekolah

« »
Su Μο Tu We Th Fr Sa
29 30 31 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 01 02 03
Views:

Login





Remember me

Lost Password?
Register now!

E-MAIL KAKITANGAN

Cipta akaun e-mail

SISTEM APLIKASI ONLINE SRAITAF

- Sistem Maklumat Murid (SMM 4 online)
- Sistem Maklumat Peperiksaan (SMP)
- Sistem Pengurusan Peralatan Sekolah (SPP) 
- Sistem Maklumat Kehadiran - Kakitangan (SMKK)
- Sistem Maklumat Kehadiran - Murid  (SMKM)

SDM Menu

Siapa Ditalian

7 user(s) are online

Members: 0
Guests: 7

more...

Waktu Solat

Cari kami di facebook

PEMBERITAHUAN

web_20forum.jpghusaini.jpgTerima kasih diucapkan kepada Guru Besar Ustaz Husaini Bin Selamat diatas keprihatinan beliau dalam membangunkan kemudahan ICT di SRAITAF. Beliau memandang jauh kedepan untuk memberikan kemudahan terbaik bagi menyelesaikan isu ICT yang timbul di SRAITAF.

Tahniah kepada Ustaz Zaki Bin Shahruddin diatas perlantikan beliau sebagai Guru Data SRAITAF 2012. Diharap dengan perlantikan ini akan memperkukuhkan lagi Unit Data SRAITAF 2012.  

Antara isu-isu ICT yang timbul:

  1. Sistem Stand Alone (tiada rangkaian) dimana perkongsian maklumat tidak dapat dicapai secara menyeluruh untuk kesemua unit sekolah.
  2. Sistem separa manual menggunakan access (merujuk SMM offline) tidak efektif penggunaannya.
  3. Rangkaian Internet perlahan mengganggu budaya kerja kakitangan.
  4. Tiada sistem yang rasmi bagi tujuan pengumpulan data dan juga pengurusan menghantar laporan kepada Penyelia SRAI Negeri Selangor, BPI JAIS.
  5. Tiada sistem untuk ibubapa dan komuniti untuk memantau pencapaian, kehadiran dan maklumat anak mereka dari rumah atau tempat kerja.
  6. Tidak wujud sistem penyimpanan dan perkongsian maklumat dimana dunia tanpa kertas dapat dizahirkan. Ini juga berkait rapat dengan sistem keselamatan dokumen contohnya bagi kertas-kertas yang di scan.

Dari masa ke semasa isu-isu yang timbul ini akan diperbaiki. Sistem Maklumat Murid banyak membantu guru-guru dan kakitangan bagi menyelesaikan perkara mengenai pengurusan pentadbiran. Kepada pengguna yang baru berdaftar 2011, sila hubungi Cikgu Faeez untuk di ubah kumpulan kepada kumpulan GURU KELAS bagi mengakses sistem SMM 4.0 online.

Terima Kasih

Sudut Guru Data

  Salam Buat Warga SRAI Tengku Ampuan Fatimah.

Dengan rasa rendah dirinya, saya masih belum menguasai tugasan ini dan saya juga masih lagi baru merangkak dalam kemahiran ini. Lantikan sebagai Guru Data 2012 adalah persetujuan bersama Pn. Mazainah Roslan serta Pn. Jamaliah Hassan. Saya masih lagi memerlukan pertolongan khidmat Ustaz Faeez sebagai pakar serta profesional dalam kemahiran ini.Di sini juga, saya mengambil kesempatan ingin mengucapkan terima kasih atas komitmen yang di berikan guru-guru dalam melaksanakan tugasan data ini. Semoga sistem ini dapat memudahkan kalian...

Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

 

MAKLUMAT LATIHAN SMM 4.0 (28.12.2011)

30919_1394652260721_1064618322_2962743_3963290_n.jpgLatihan pendaftaran dan penggunaan sistem SMM 4.0 online telah dibuat ada 22/12/2011 dengan mendapat respon yang baik dari para guru yang mengikuti latihan. Walaupun terdapat kerumitan untuk membuat pendaftaran tetapi itu tidak menjadi halangan kepada mereka untuk meneruskan usaha murni mereka untuk memasukkan data.

Borang yang tidak lengkap diisi oleh murid menjadi sebab utama beberapa maklumat tidak dapat diisi cthnya no surat beranak dan I/C murid. Murid yang berkenaan akan dihubungi bagi mendapatkan maklumat sebenar dan terkini.

Sessi latihan fasa ke-2 akan diadakan.

  • Tempat: Makmal Komputer SRAITAF
  • Hari: 28 hb Disember 2011
  • Jam: 8.30am -1.00pm.

Kehadiran guru yang terlibat adalah diwajibkan.

PENYELESAIAN ISU PENGURUSAN ICT SRAITAF

Kunci Eleman Perancangan Sistem Pengurusan Maklumat

Aplikasi

  1. Sistem berpusat - Pengunaan pelayan dan data maklumat. LearningTree.jpg
  2. Sekolah memastikan segala data adalah berpusat dari satu tunjang yg boleh dipercayai, konsisten, dan mudah digunakan.
  3. Sistem yang boleh mengesan kemasukan duplication data
  4. Tujuan utama untuk memudahkan kerja pentadbiran di dalam memutuskan keputusan berdasarkan dari data-data yang telah disimpan.
  5. Sistem untuk Guru dan Kakitangan.
  6. Sistem untuk Murid dan Ibubapa.
  7. Sistem bersesuaian dengan format elektronik.

Infrastruktur

  • Menyediakan kemudahan Alat bantu mengajar yang terbaik seperti Projektor, PA. Sistem dan Perisisan.
  •  Rangkaian Dalaman harusalah mempunyai rangkaian tanpa wayar dan juga Virtual Private Network (VPN) dengan kelajuan internet fiber optik.

Mewujudkan mekanisma terbaik untuk format-format elektronik digunakan untuk pembelajaran dan tujuan pertukaran maklumat dan memastikan ianya diyakini, mudah pencarian, penggunaan sebagai rujukan semula dan dapat diintegrasikan dengan jalan kerja dan sistem yang sedia ada

MAKLUMAN PENTING

Untuk perhatian semua guru kelas tarikh akhir penghantaran Data SMM kepada Penyelia SRAI Negeri Selangor adalah pada 15 hb Januari 2012. Kerjasama dari pihak tuan dan puan untuk memasukkan segera maklumat murid kelas masing-masing amatlah diharapkan.

Peristiwa Terdekat

PENAMBAHBAIKAN TERKINI SMM 4.0 ONLINE

Perubahan / Tambahan Fungsi

  • Tambahan Maklumat Pilihan (27.12.2011)
  • Filter nombor bagi nama kelas (27.12.2011)
  • Pautan 'Klik untuk daftar pelajar seterusnya telah di tukar kepada button 'Klk untuk Simpan dan daftar pelajar seterusnya. (22.12.2011)
  • Ralat - Penggunaan ' single quote pada maklumat tanggungan menyebabkan maklumat tidak boleh diubah. Telah diatasi. (30.12.2011)


 

Pelawat

Anda pelawat ke

sejak 07.01.2012